Rabu, 30 Mac 2011

Yeh..Yeh!! Ayah Beli Basikal Baru

Dairy Si Pipi Merah 30.03.2011

Semalam ayah bawak ibu dan ayong untuk membeli sebuah basikal di tengah town. Basikal di beli untuk memudahkan ibu menghantar ayong ke rumah pengasuh. Di samping itu memudahkan ibu bergerak ke bus stop dan menunggu bas disana.Bukan itu sahaja malahan ibu terpaksa naik basikal juga atas sebab ayah selalu ada kerja di luar Ipoh huu...


Pagi tadi ayah sudah dapat kebenaran pada kawan  pejabat dia untuk meletakkan basikal ibu tempat letak kereta. Jadi hari isnin nanti bolehlah ibu meletakan basikallnya disana :). Harap ia selamat di letakkan sana.

Hurm..bila ada basikal tak perlulah ibu nak tumpang jiran kat taman perumahan lagi ya tak. Sesekali tumpang jiran okeylah. Tapi kalau dah selalu orang pun tak suka huu... Itulah kata ibu duduk merantau di negeri orang memanglah begini kita kena pandai berdikari dan tak boleh selalu nak mengharpkan bantuan/jasa orang luar sahaja :).

Hidup untuk berubah :)

Pstt! nanti cuti hujung minggu ini bolehlah petang-petang ibu bawa ayong pusing2 satu taman :) weeeee.

Khamis, 24 Mac 2011

Templet Untuk Ayong

Dairy Si Pipi Merah 24/3/2011

Berkeudara lagi.. Hanya ingin maklumat bahawa templet dalam blog ini telah di ubah suai semalm.

Terima kasih pada kakak Yati yang manis sebab tolong buatkan templet di blog ini berwajah baru.

Ayong memang suka kucing hee...tu yang Ibu minta kakak Yati curi kucing dari pak cik google.

 
Lihat kucing itu mahu bermanja dengan Ayong.. Tapi jangan cekau dia ya..Dia seorang anak yang baik hee..

Balik ini Ibu nak tunjukkan Ayong yang ini blog dia. Semalam tak sempat. Bila Ibu masak nasi lemak kat dapur tahu-tahu dia dah tidur..Eh, apahal cepat benar dia tidur selalu selagi jam tak cecah 10.00 malam dia tak akan tidur hmmm..

Isnin, 21 Mac 2011

Jadi Mem Besar!

Dairy Si Pipi Merah..19/03/2011

Pagi sabtu itu ayah dukung ayong masuk dalam perut kereta ayah. Ayong tidur dengan lenanya sekali di bahagian depan kerusi! menggantikan tempat duduk ibu. Ibu tidak ikut ayah ke KLIA sebab ada kelas memandu.

Ayah membawa Kak Ain dan Kak Yaya ke Kuala Lumpur sekali memandangkan cuti sekolah akan tamat pada hari Ahad ini pada 21/3/2011.

Jam 4 petang ayah dan ayong telah samapi ke muka pintu. Kelihatan mata ayong begitu letih sekali.

Ibu cakap: "ayah ayong makan apa masa duduk dalam kereta tadi? 

Ayah cakap: "dia makan ayam ibu hee.". ayah cakap lagi ayong makan ayam begitu banyak sekali :). 

Ibu:Wah..dia buat ibu tersenyum sendiri hee..

Malam itu Ayong  sering sebut kakak..kakak..kakak..dan sesekli dia masuk ke bilik tidurnya sendiri. Mungkin dia mencari Kakak Ain dan Kakak Yaya hee..

Anak..anak ...kakak sudah balik Kuala Lumpurlah hee.. kata ayah dan ibu ..

Khamis, 17 Mac 2011

Hadiah Buku Dari Ibuku

Dairy si pipi merah.. 17/3/2011

Harini Ibu belajar memandu buat kali kedua selama 2 jam. Cikgu yang mengajar pun cikgu baru juga. Nama cikgu tu Cikgu Biden. Sabarnya cikgu tu mengajar dalam masa yang sama teringat juga tunjuk ajar Cikgu Mishya. Eh tu bukan cikgu perempuan ya. tu cikgu lelaki hee.. :)

Jatuh juga sebatang tiang masa ibu buat parking. Usaha dan cuba buat yang terbaik. Tak sia-sia hafal step parking tiga penjuru dari jam 8 pagi sampai jam 10 tengahari heee.. Alhamdulillah ia membuahkan hasil :)

Dan berkat kesabaran itu Ibu berjaya buat yang terbaik dari sebelumnya.. Alhamdulilah. Gembira dan puas hati bila kelas tamat belajar memadu telah tamat tadi. Dan sebagai hadianya Ibu beli Umairah buku cerita yang comel :).

Ibu pula jika gembira dan berjaya akan belikan hadiah untuk dirinya sendiri. Hadiah peti almari yang comel setinggi dua tingkat bergambar arnab yang comel.

Umairah & ayah doakan ibu berjaya ya :) Semoga Ibu akan lulus ujian JPJ bahagian 3 ini. Amin. :)

Rabu, 16 Mac 2011

Tetamu Cuti Sekolah

Dairy si pipi merah..16.3.2011

Malam tadi dia dapat kawan baru. Bukan kawan tapi sedara dia juga hee..
Kak Ain dan kak yaya datang rumah ayong hee.. Amboi bukan main malu-malu dia ya heee..


Kak Ain suka tengok baju ayong katanya cantik!! Ibu cakap baju maksi/ baju tidur ini pengasuh yang bagi heee..

Ada mereka bising juga rumah ini. Terasa macam mereka tu persisi anak sendiri pula heee..



dan kali ini ayong sudah ada teman untuk bermain. Masa ibu nak masak makan malam nanti ayong jangan ganggu ibu ya  :)

Selasa, 15 Mac 2011

Main Bedak Ayah

Dairy Si Pipi Merah 14/3/2011

Sedang sibuk ibu memasak di dapur. Ayah sedang leka membuat kerja dalam bilik bacaan. Dia pula bikin kerja baru...

Entah bila dia menyusup masuk dalam bilik mengambil bedak talkum jenama dashing kepunyaan ayahnya.

Mungkin sering kali melihat ibunya menacapkan bedak di muka..Tingkah ayah pula tabur bedak atas badan huu..

Dia pula tabur bedak atas kepala.. Adoi!!


Dalam kepenatan kami berdua tertawa.. lihat muka bertampuk2 bedak di mata..di rambut..

Awas jangan sesekali ambil bedak tu.. sah2 malam tu dia meraung..di ganti dengan bedak yang lain dia tak mahu huu..

Isnin, 14 Mac 2011

Inilah Hadiah Untuk Tersayang

Bismilah...

Penulisan untuk anak yang tersayang..

Segalanya ada disini..semoga ia menjadi rujukan tika dia dewasa kelak.

Moga menjadi anak yang baik dan di senangi oleh semua orang :) Amin.
 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device