Sabtu, 28 Mei 2011

Ayuh Berbasikal Dan Bermain Lego

dairy 28/5/2011

Ayah bersiap ke tempt kerja. Ibu pun telah selesai menggoreng pisang di ceruk dapur. Seperti yang dirancang ibu kotakan janjinya seawal jam 7.45pagi kami berbasikal mengelilingi taman perumahan di sekitar rumah kami. Ayong duduk di kerusi buluh.

Wah pusing sana sini ibu kata ayong diam sahaja. Sambil di tiup angin sepoi di waktu pagi buat kami berlagu girang. Sesekali ibu menunjukkan gelagat kucing sedang cari makan, tunjuk burung di awan nan biru..

Setelah penat kami pun berhenti di satu taman permainan. Ibu minum air, ayong tak minum susu tapi ibu berikan ayong minum air suam heee.. Lama duduk di atas batu ayong main gelongsor, kuda-kuda hee... Agak lama bermain ayong dah bosan lagaknya seperti tidak mahu main lagi terus ibu menyorongkan basikalnya membawa ayong pusing taman perumahan entah ke barapa kali...

Sampai rumah jam dah menunjukkan 9.00 pagi. Ayong mandi, makan dan tidur. Ibu pun tidur lena mana ke tidaknya sudah lama tidak mengayuh basikal begitu jauh..

Tengahari..
Ibu buat sup ayam untuk ayong, hurm memang sedap sehingga menjilat jari heeee siap tambah nasi dan sup lagi tau heee..


Petang..
Ayah sampai rumah dengan menaiki motor. Kami semua menuju ke pekan dengan hati yang girang. Ayong duduk depan wah memang bestlah duduk hadapan angin menerbos menyebabkan rambutku mengerbang macam mak limah balik rumah haaaa...Alah tu sebenarnya motor kawan ayah heee. Ayah cakap ini baiki motor pak long entah bila nak hantar ke kedai tak tahulah pula hiii..

Malam..
Pusat membeli-belah UO Greentown. Ayahdan ibu membeli barang dapur dan membeli hadiah untuk hari perkahwinan kak ida. Hurm..ayah beli permainan lego untuk ayong. Harganya dalam rm 14.00.

Makan Malam
Di merry brown yumi.. Balik tu ayong terus main lego dan tidur dengan lego2 sekali hiii..

Tinjau Harga Hadiah vs Beli Barang Sendiri

dairy 27/5/2010

Petang itu ayah ambil ayong lebih awal. Tapi semasa dalam perjalanan ke Taman Lapangan Ria kereta ayah rosak huu... sedihnya ayong.. Ayah kata ibu tunggu kami di depan bus stop huhu.. Haaa.. pasti ibu sedang asyik membaca novelnya 7 hari mencintaiku heee...

Petang itu selepas makan mi kari kami terus ke pusat membeli-belah di Ipoh, Prade untuk server hadiah perkahwinan kak Ida, kata ibu kak Ida tu kawan dia semasa di tempat kerja lama syarikat Husaida S/B dulu.

Ibu mula bising sebab kasut bertutup tumit tinggi yang berwarna putih tu bila dipakai berjalan-jalan menyebabkan kaki ibu sakit. Lalu ibu membawa kami ke kedai kasut evisun. Kasut yang ibu beli berharga rm10.00 warna putih juga tetap menjadi pilihan ibu. Dan jangan tak tahu ibu juga membelikan sepasang kasut untuk ayong. Yang bestnya kasut ini ada tali dan nampak ranggi heee..

Aktiviti servey dilakukan pada barangan elektrik seperti cerek, oven, periuk nasi dan selepas itu ayah belanja ibu baju t shirat berwarna biru. Ayah borong sekali dua. Ayah cakap ibu nak sangat baju yang dipakai sedondon dengan ayah tu yang ayah beli sekali dua heee... Tak lupa ibu sempat membali sarung kaki ayong 1 pek ada 3 pasang, ibu beli 2 jadi ada 6 pasanglah huhu..

Malam dah semakin gelap jam 9.00 malam kami selamat sampai dirumah ;)

Rabu, 25 Mei 2011

Oligo ke Teropong

Dairy 24/5/2011

Pernah lihat iklan oligo tu haa.. ayong suka buat teropong mata..orang buat bentuk o dengan jari dia buat lagak cam menangis pula heee...

Lepas tu siap menari2 sambil berkepak-kepak haa...

Gelagat dia buat ibu dan ayah tertawa...

Hooo pantang ada iklan oligo dia bukan main suka buat begitu.

Melompat Lebih Tinggi

Dairy si pipi merah 22/5/2011

Hari dah semaking meninggi. Pagi ahad ibu dan ayah bersiap nak balik ipoh. Ayong sempat bermain di luar melihat ayah mengupas beberapa biji buah kelapa. Memang menggujakan bila menjadi penyibuk sebagai PA ayah heee..

Ibu melihat telatah ayah dan ayong dari jauh. Pastu ayong bermain bersama sedra bernama iskandar.

Sambil melompat-lompat buat hati girang.. yAhooo!!!

Jumaat, 20 Mei 2011

Jemputan Kenduri Kawin

dairi si pipi merah 20/5/2011

Minggu lepas dah terperuk kat rumah. Petang ini ayah dan ibu membawa ayong balik ke rumah opah pula. Ibu cakap ada kenduri sedara disana.

Ibu nampak letih, rasa tidak bermaya mana tidaknya saban waktu apa sahaja majlis muka kami jer yang ada orang lain sibuk berkerja. Walhal kekadang bukan berkerja pun hu..

Usah ragu baju ayong, buku warna, buku tulis ibu telah kemaskan untuk ayong. Begitu juga ruang dapur, sampah sarap telah clear dari rumah ini. Baju dalam mesin basuh semua sudah tersidai malam jumaat tadi heee..

Apa lagi pasti ayah bersorak gembira sebab kali ini kami akan ke kampung ayah pula ;)

Boat Pelampung Baru Terbaik Dari Ayah

Dairy si pipi merah 13/5/2011- Jumaat

Lepas habis waktu pejabat ayah dan ibu ambil ayong. Wah ada riak ceria di wajahnya. Bersiap dengan baju cantik lalu masuk ke dalam perut kereta dengan senyum yang manis.

Percutian yang amat menyeronokkan bila balik rumah ibu di Melaka pasti ayah akan bawak ayong mandi - manda. Ayah ke pekan membeli Surat khbar kosmo. Lalu ayah memborong sebuah boat pelampung untuk ayong skali weeee..eee..

Ayong punyalah gembira tidak terkata ibarat dapat makan ice-ceram lagaknya. Pagi itu ayah membawa kami mandi - manda. Wah nak lihat gambarnya kena tunggu dulu geeee..

Khamis, 12 Mei 2011

Ibu Naik Basikal ..

Dairi si pipi merah 12/5/2011

Letihnya pagi itu. Ayong tahu ibu bangun awal. Jam 6pagi sudah bersiap-siap untuk kepejabat. Ayong pun pelik selalunya ibu masak di dapur ketepang ketepung tapi pagi ini lainlah pula.

Usai solat ibu buatkan ayong susu.. Ibu bersiap dan berlalu ke gate. Hurm Ibu padam lampu dalam rumah. Lihat dia papah ayong sampai ke luar pintu gelongsor..

Ayong still dalam keadaan mamai. Sambil mengendong bantal busuk di tonyoh dalam lubang hidung.

Rupanya pagi ini ibu hantar ayong ke rumah pengasuh menaiki basikal. Ayong duduk di bangku kecil yang diperbuat dari anyaman buluh, beg ibu letak depan, botol susu ayong ibu letak dalam beg dan bahagaian atas ibu letak bantal busuk ayong.

Jam 6.30 kami bertolak. Ibu kayuh perlahan-lahan. Nampak macam penat huhu..Ayong diam sahaja bila duduk, sesekali ada riak bising dalam lekuk bibirnya. Ibu pula menahan lenguh di kaki. Sambil tu ayong dapat rasakan yang ibu sesekali mencium rambut dan mengusap rambut ayong..

Sampi rumah pengasuh jam 6.45 pagi. Agak laju ibu membonceng ayong sebab mungkin dah terbiasa membawa basikal dari zaman sekolah rendah lagi.

Sesampainya rumah pengasuh ibu berkata sit tempat duduk ibu rendah, mahu juga lenguh sengal di kaki dan paras lutut huuu. Pengasuh hantar ibu ke bus stop jam 6.55pagi. Dalam jam 7 pagi bas ke pasir putih sampi dan terus menuju ke kamdar dengan lajunya.

Sampi ke Kamdar terus dapat bus ke tempat kerja. Jam tangan menunjukkan 7.35 ibu selamat sampai ke pejabat. =)

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang dituju :).

Jumaat, 6 Mei 2011

Balik Rumah Atok

dairi si pipi merah 6/5/2011

Malam tadi ibu sudah berkemas di dapur, basuh baju, sidai baju, lipat kain yang masih berbaki di bakul baju, mop lantai rumah, kemas bilik, paking baju dalam beg, semuanya selamat ibu lakukan sorang diri tanpa bantuan sesiapa pun.

Memang begitulah tugas ibu jika keesokannya ayah mengajak ibu outstation sekali, hata balik ke rumah opah atau balik ke rumah atok nenek Melaka. Segala tugas akan ibu laksanakan dengan secepat yang mungkin.

Kini tiba masanya petang nanti kami akan bertolak ke rumah atok melaka. Rindunya nak main buih-buih laut di pantai, sambil-sambil membuat istana pasir tepian pantai heee..

Adakah ibu balik ke kampung untuk menyambut hari ibu heee... :)

Harap ayong dah besar nanti jangan lupa wish selamat hari ibu kat ibu ya sayang..

Rabu, 4 Mei 2011

Mari Mengira

Dairy si pipi merah3/4/2011

Petang itu kami bercadang ingin membeli tali pingang ayah kat town ipoh. Semasa dalam perjalanan ibu selalu mengajar ayong mengira nombor satu sehingga sepuluh. Setiap hari tanpa jemu..

Apa pun malam tu dalam kereta ibu kira satu, dua, tiga.. ayong diam jer.. Pastu ibu kira sampi angka ke sepuluh.

Selang beberapa minit..

Kiraannya disebut bermula dari satu, dua, tiga, empat sepuloh.. haaaa... Ibu pandang ayah, ayah pandang ibu deraian tawa memecah isi dalam kereta kami heee..

Terperanjat ibu dan ayat melihat ayong kira satu hingga empat.. Ibu menegur ayong lepas empat barulah lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh heeee..

PESAN: HARI INI BESOK KITA BUAT LATIHAN LAGI YAH ;)
 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device