Jumaat, 30 September 2011

Ibu Pula Demam

30/9/2011_jumaat

Ibu kurang sihat. Ayong demam sekali gus buat ibu rasa tidak sedap badan. Pagi itu ayah tidak berkerja sebab petang nanti ayah akan ke Kuala Lumpur atas urusan pengambilan pekerja asing di KLIA atau LCT.

Usai sarapan pagi ayah membawa ibi ke klinik pengkalan. Kata doktor badan ibu panas kuat. Ada 4 ke 4 jenis ubat yang wajib ibu habiskan huhu...

Saat petang sudah tiba ayong dan ibu tinggal dirumah sampi hujung minggu. Ayong asyik batuk2 dan selsema sahaja.

Ahad, 25 September 2011

Selamat Hari Lahri Ibuku

25/9/2011_Ahad

seLamT hAri LaHir IBU

Pagi itu ayah sudah keluar bilik atas urusan kerja di KLIA. Ibu usai solat terus mandi dan tonton tv cerita kartun. Jam 9.30 tengahari ayong pun bangun.

Kami terus beli sarapan pagi. Ayong makan ikan goreng dan sedikit nasi. Ibu makan nasi lemak hee. Jam 11.30 ayah pun sampai bilik hotel. Ayah beli makanan nasi lau campur diluar. Ayong megendeng makan kat ayah haaaaa. Adoi, kata ibu ayong kuat makan.

Ayah menyuapkan mulut ke bibir ayong tapi dia tak mahu. Kata ibu ayong dah besar biarlah dia suap makanan sendri ke dalam mulut dia hee..

Jam 12.00 tengahari kami bersiap untuk keluar dari bilik.


Petang iru ibu ada jumpa kawan blognya kat KLIA. Ayong kata ibu kelihatan gembira bila jumpa ramai kawan-kawan heee..

ps: Gambar2 blh lihat kt blog itu. bertajuk "petang yang mendamaikan.

Sabtu, 24 September 2011

Taman Permainan Titiwangsa, KL

24/9/2011_sabtu

Ayah ajak ibu ke KL lagi he.he.. Petang itu kami singgah ke taman permainan titiwangsa rasanya kawasan itu memang ramai anak-anak kota berkumpul dan bermain disitu.

Ayah cakap kat ibu ayong nampak jongkang -jongket dia nak main, panjat-panjat dia pun nak mencuba. Ibu tengok ayong sambil ketawa. Dalam ketawa sempat gak ambil gambar ayong dengan ayah heee..

Dari jam 5 petang sampai jam 7 malam kami pun beransur pulang ke hotel hee..

Ibu kata malam itu ayong tidur dalam kepenatan...

Isnin, 19 September 2011

Inilah Wajah Kesayangan Hamba


Sudah dewasa.. nak masuk 3 tahun anak ibu dan ayah ni..

Isnin, 12 September 2011

Ibu Cakap Buang Peluh Jahat !

12/9/2011- iSNIn

Ayong batuk-batuk. Usai minum susu ayong muntah sikit. Ibu mula risau tapi mujur harini ayah cuti sebaba hari ahad ayah bekerja huhu..

Pagi itu kami bersaparan mi di pekan, selepas itu ayah hantar ibu dipejabat. Kemudian ayah membawa ayong ke taman permainan. Idea ibu ini sebab ayong sudah lama tidak beramain di simpang tepi jalan itu. Ibu menambah lagi supaya ayong bermain sampai keluar peluh supaya peluh jahat akan keluar dari badan hee....

Rumah Terbuka 2011

11/9/2011 -aHAD

Rumah terbuka dibuat ikutkan ibu tidak buat sebab bila memikirkan kawannya datang iaitu mama jan makan ibu pun bertungkus lumus untuk menyediakan bahan-bahan itu sendiri tanpa ada ayah disisi.

Datang mama jan sekitar jam 5.30 petang, awal tadi jam 3.30 nak datang sampi ibu sudah terlelap gamaknya huhu..

dan selepas magrib ibu juga mempelawa pengasuh ayong makcik noh. Hurm..oklah juga taklah ayong sunyi ada juga dia kawan. Tapi tidak lama berborak selepas makan sebab anak dia tak boleh duduk diam dirumah orang huhu..

Malam tu ayah sampai kerumah. Ibu mula pening-pening. Selepas solat dan melayan ayah buatkan dia air kopi dan hidagan laksa ibu pun tidur awal sebab besok hari isnin ibu akan mula bekerja.

Sebelum tidur sempat juga ibu melayan ayong belajar magic english. Beberapa saat ayong tertidur dan terbatuk-batuk huuu..

Laksa Tanpa Dua Bahan Utama

Dairy Nur 10/9/2011 -Sabtu

Tiada apa yang menarik. Seperti biasa ibu update blog di hujung minggu usai solat subuh. Ayong bangunnya jam 10.00 pagi.

Ayah malam tadi ada kerja luar sebab ambil pekerja asing di KLIA, Kuala Lumpur. Hari ini ibu buat sarapan nasi goreng cina bersama ikan goreng. Ayong suka ikan goreng makan banyak-banyak memanglah tak jemu.

Selesai makan ibu akan mandikan ayong. Seperti biasa sebelum mandi mesti sebotol susu sudah siap diatas kati, bersama baju dan seluar untuk dipakai selepas mandi nanti. Erm..kain lampin moden tidak dilupakan jua ;).

Siap mandi, sikat rambut ibu pun terus membuat laksa makanan kegemaran ayong. Kata ibu harini laksa kita kurang umh sebab tiada daun kalsum dan bunga kantan huhu.. Nakkeluar rasa malas untuk kayuh basikal ke kedai sebab jam menunjukkan jam 11 tengahari huhuhu...

Sehari makan 3 kali Ais Krim

dAIRY Nur 9/9/2011 hari Jumaat..

Selepas ibu dan ayah ambil ayong kami menuju ke belakang tesco section 18 untuk makan malam nasi ayam periuk besar hee.. Ibu oder ayam madu untuk di bawa pulang, ayah oder nasi ayam panggang, kueh tiew banjir makan disini ya kata ibu.

Lihat ada ice-crem kata ibu untuk memujuk ayong yang memang tidak tahu duduk diam jika makan diluar. Sebab jarang makan di luar ibu selalu masak. Bila selalu asak terkadang jemu pula sesekali mahu juga rasa air tangan chef restoran heee..

Usai makan ice crem jenis cup, ayong makan nasi pula. Ibu pun selesai makan kueh tiew dia pun meneju ke peti ais-krim terus disambar satu. Wah! dia nampak ibu makan dia pun mula tidak tentu arah.

Selepas bayar makanan kami pun keluar dari kedai makan. Ayah apa lagi terlalu mengikutkan hati sambar atu gak ais krim corneto untuk ayong huuu..Wah! melinjang dia tak tentu arah dalam kereta.

Kata ibu tunggulah 2 hari dari sekarang ayong akan demam. Ibu memang pakar dalam bab tu kata ayah..

Rabu, 7 September 2011

Pagi2 Majlis Perbandaran Sudah Ada

Hari rabu 7/9/2011

Ibu tergesa-gesa didapur, ayah pula leka dalam meneguk air kopi air tangan ibu.. Masa ibu keluarkan barang-barang iaitu botol susu ayong, beg tangan di atas almari kasut, letak bekal berderet semua diletakkan satu susunan yang teratur.

Hidung ibu tinggi menggunung..
Namun fikir mungkin ayah buang sampah nih. Lalu Ibu lihat ayong menyapu sesuatu.

Nur Ummu Umairah!!!
Sapu apa tu nak? teriak ibu pagi tu dari ruang tamu. Sah-sah ibu tidak memakai cermin mata sebab bukannya bawa kereta ke tempat kerja huhu.. Dari jauh ibu datang sudah bising-bising..

Lalu segera mendapatkan anak dan marah. Kata ibu itu bukan sampah sayang..

Aduh geram hati ibu tidak terkata si anak buat muka dek jer... seolah-olah tak der apa yang berlaku.

Korang rasa Umairah tu sapu apa? ?
 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device