Selasa, 26 April 2011

Kunjungan Tetamu Yang Kedua

Dairy Si Pipi Merah 24/4/2001

Petang Ahad jam 3 petang ibu, ayah, ayong dan kakak Nisa pergi ke bus station untuk mengambil kakak Masitah. Kakak masitah baru habis exam kat Politeknik tu yang dia datang ke sini.

Hurm dah alang-alang tu juga kak Nisa beli tiket bas untuk dirinya balik ke Johor semula. Sebab hari selasa minggu ini dia ada test komputer di sana. Nampak gayanya yang bakal jaga Ayong pas ni adalah kakak Masitah le heee..

Lepas dah beli tiket dan ambil kakak Masitah ayah dan ibu membawa kami bertiga makan KFC di Jesco. Wah kelaparan yang amat sangat sanpi Ayong membelasah kentang putar begitu banyak sekali.

Pastu kami pulang rumah dengan segera. :)

Jumaat, 15 April 2011

Tetamu Baru Datang Ada Temuduga

dairy si pipi merah 15/4/2011

Dijangkakan anak saudaraku Nurul Khairul Nisa pagi ini akan sampai ke bus station. Nampak gayanya sebelum jam menceceh 3 pagi ayong, ibu dan ayah harus kesana menuggu kak nisa.

Dikira 24/4/2011 mahu datang ke sini tapi atas alasan mendapat arahan dari pihak Universiti Petronas untuk datang temuduga disana. Apa nak buat kenalah turun dari Muar ke rumah kami heee..

Harap-harap anak saudaraku akan mendapat tempat belajar di sana kelak. Moga dia akan berjaya mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti. Amin.

Nanti hari isnin dapatlah ayong bermain dengan kakak nisa heee..

Rabu, 13 April 2011

Ibu Dapat Lesen P Ayong Dapat Hadiah lagi

Dairy si pipi merah 8/4/2011

Alhamdulillah Ibu berjaya lulus ujian memandu buat kali kedua dalam bahagian jalan raya. Mujur kali ini dapat taster JPJ lelaki memang sportinglah JPJ tu hee..

Setelah lulus ujian tu ibu naik bas dari tempat latihan memandu sampai ke Ipoh. Prade. Ibu membeli 3 buah buku cerita yang comel buat Ayong. Sebuah buku berharga rm9.90. Lepas itu ibu juga turut menghadiakan Ayong gelang kaki berharga rm 35.00.

Ibu juga menghadiahkan barang untuk dirinya sendiri dengan membeli reben untuk di sematakan pada tudung :).

Terima kasih ibu :)

Selasa, 12 April 2011

Kereta Baru Berwarna Merah

Dairy si pipi merah 10/4/2011

Pagi itu ayah gerak ke Kuala Lumpur. Ibu bersiap mengemas rumah dan sarapan pagi untuk kami.
Kata ibu ayah akan balik malam. Agaknya time tu Ayong dah masuk tidur huuu..

Malam itu ibu baru selesai menyidai baju di luar. Lihat ayah baru balik. Ayong melulu ke arah garaj depan rumah hee...

Ayah tersenyum penuh makna. Rupa-rupanya ayah membelikan ayong sebuah kereta berwarna merah. Alah kereta cam tesco tu. Sekali naik sejam seringgit tak silap ar...heee.. Mahal kereta merah tu RM300 huuu..

Petang pula membawa kami town ipoh. Sambil berpusing2 di trak yang disediakan ayong memusing kereta ayah control remote dari jarak jauh :)

Teman Ayah Pergi Klinik

Dairy si pipi merah 9/4/2011

Ayah demamlah. Ibu memujuk ayah untuk pergi ke klinik heee.. Ayong bangun malas mandi dan bersiap ke poliklinik Pasir Putih huuu..

Nak kemana-mana tak boleh hanya bermain di rumah sahaja huuu...

Ibu buat pertama kalinya memcuba resepi nasi ayam. Yumie memenglah sedap. Rasanya nak makan lagi sebab Ayong suka makan ayam dan sup ayam tu hee...

Moga ayahnya cepat sembuh heee.. Mujur ada ibu yang rajin memask :). Ayah oder sahaja :)

Khamis, 7 April 2011

Janji Ke Taman Permainan Tidak Menjadi

Dairy si pipi merah 7/4/2011

Pagi itu ayah melalui kawasan yang sama setiap kali ingin ke pejabat. Ayah selalu tunjuk pada ibu jika melalui kawasan selekoh ada satu taman permainan.

Kata ayah pada ibu jika ayong dalam kereta nak ambil ibu kerja di greentown ayong mesti tunjuk taman permainan itu. Katanya tu..tu..tu.. Kalau tak dapat ayah cakap ayong akan merajuk dan marah-marah dalam kereta.

Sampai saat ayah melihat air mata ayong bergenang ayah tak sampai hati. Lalu ia akan membawa ayong ke taman jua. Kata ayah jika tak kesana pun mungkin lepas ayah ambil ibu ke pajabat ayah akan melalui kawasan tu dan akan bawa ayong jua.

Hurm..
melihatkan keadaan petang ini yang hujan lebat. Hati ibu berdetik.. Mungkin janji ayah pada ibu petang tadi terpaksa dibatalkan begitu sahaja. Memadangkan hujan lebat turun mencurah-curah membasahi bumi ipoh.

Kasihan dia..
Besok pagi ayah akan gerak ke Kuala Lumpur. Ibu berharap agar hujung minggu nanti ayah dan ibu berpeluang membawa ayong ke taman permainan kelak.

Isnin, 4 April 2011

Demam.. Demam Pun Makan Satey Jugak

Dairi Si Pipi Merah Pada 2.4.2011

Dia tidak dapat bermain seperti biasa. Sebab ibu tahu badan dia tidak bermaya..panas semacam seluruh badannya..

Pagi itu setelah memberi ayong makan ibu memberikan ubat demam pada ayong. Kami bercadang nak bawa ayong ke taman permainan tapi keadaan tidak mengizinkan huu.. Selalaunya deman makan ubat pastu baik. Ini tidak demamnya berbalik2 pula huu..

Susahnya hati ibu ayah waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Ayong  bukannya gemar makan ubat..Nak makan ubat mesti kena pegang tangan dia..kaki dia..bila ubat sampai kay mulut dia jerit..menangis.. Dan sampai saat bila semua ubat telah di telah dia akan buat batuk-batuk.. Dengan tidak semena semua ubat yang dimakan terhambur keluar..

Begitulah ayong asal demam memanglah sukar nak telah ubat. Sampai satu tahap ayah marah.. kalau muntah tu terkena karpet.baju dan sebagainya huuu..Semoga anak ibu cepat sembuh ya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tengahari itu ayah pulang dari kerja. Membawa kami kenduri cukur jambul kawannya sepejabat. Namun malangnya rumah yang  hendak di tujuk tidak ditemui. Lalu ayah mengambil keputusan membawa kami makan satey kajang di town ipoh weeee...

3 cucuk satey ayong makan dengan penuh berselera.. Air buah-buahan ayah menjadi mangsa minumannya..Ibu pula memesan ais blander perasa mangga kata ibu yumieee :)

Jumaat, 1 April 2011

Katakan Tidak Pada Botol Susu Polikarbonat !!

Dairi Si Pipi Merah pada 31.3.2011

Habis wakti kerja ayah dan ibu ambil ayong. Malam itu ibu meraikan harijadi ayah hee..Ibu terlupa jadi sebagai gantinya ibu belanja kami makan KFC heee..

Dan hari yang sama juga ibu menunaikan janjinya dengan membelikan botol susu yang baru untuk ayong. Katanya botol susu yang ayong gunakan sekarang ini memiliki bahan kimia yang bahaya pada bayi hata pada kanak2 yang menyusu.

Justeru itu ibu memilih jenama botol cap puwern yang bebas BPA. Jenama lain tiada jadi ibu rembat 3 botol susu untuk ayong. Satu warna kuning, dua warna merah jambu. Ketiga ayah pula terus bercadang membeli botol susu yang berwarna putih. Hurm.. satu botol berharga rm.9.90 :).

Malam itu ayah juga membelikan Ayong piano mainan yang bebas daripada pewarna, bahan kimia dan lain2. Cop yang harus dipilih bagi permainan kanak-kanak dan bayi adalah cop kelulusan MC.

Sebelum pulang ibu membelikan sepasang kasut asadi untuk ayong. Ibu menyukai warna biru jadinya kasut ayong berwarna birulah hee.. Manakala kasut yang sekarang ini biru juga tapi biru gelaplah hee.. yahoo kasut Ben Ten!
 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device