Khamis, 7 April 2011

Janji Ke Taman Permainan Tidak Menjadi

Dairy si pipi merah 7/4/2011

Pagi itu ayah melalui kawasan yang sama setiap kali ingin ke pejabat. Ayah selalu tunjuk pada ibu jika melalui kawasan selekoh ada satu taman permainan.

Kata ayah pada ibu jika ayong dalam kereta nak ambil ibu kerja di greentown ayong mesti tunjuk taman permainan itu. Katanya tu..tu..tu.. Kalau tak dapat ayah cakap ayong akan merajuk dan marah-marah dalam kereta.

Sampai saat ayah melihat air mata ayong bergenang ayah tak sampai hati. Lalu ia akan membawa ayong ke taman jua. Kata ayah jika tak kesana pun mungkin lepas ayah ambil ibu ke pajabat ayah akan melalui kawasan tu dan akan bawa ayong jua.

Hurm..
melihatkan keadaan petang ini yang hujan lebat. Hati ibu berdetik.. Mungkin janji ayah pada ibu petang tadi terpaksa dibatalkan begitu sahaja. Memadangkan hujan lebat turun mencurah-curah membasahi bumi ipoh.

Kasihan dia..
Besok pagi ayah akan gerak ke Kuala Lumpur. Ibu berharap agar hujung minggu nanti ayah dan ibu berpeluang membawa ayong ke taman permainan kelak.

Tiada ulasan:

 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device