Isnin, 12 September 2011

Laksa Tanpa Dua Bahan Utama

Dairy Nur 10/9/2011 -Sabtu

Tiada apa yang menarik. Seperti biasa ibu update blog di hujung minggu usai solat subuh. Ayong bangunnya jam 10.00 pagi.

Ayah malam tadi ada kerja luar sebab ambil pekerja asing di KLIA, Kuala Lumpur. Hari ini ibu buat sarapan nasi goreng cina bersama ikan goreng. Ayong suka ikan goreng makan banyak-banyak memanglah tak jemu.

Selesai makan ibu akan mandikan ayong. Seperti biasa sebelum mandi mesti sebotol susu sudah siap diatas kati, bersama baju dan seluar untuk dipakai selepas mandi nanti. Erm..kain lampin moden tidak dilupakan jua ;).

Siap mandi, sikat rambut ibu pun terus membuat laksa makanan kegemaran ayong. Kata ibu harini laksa kita kurang umh sebab tiada daun kalsum dan bunga kantan huhu.. Nakkeluar rasa malas untuk kayuh basikal ke kedai sebab jam menunjukkan jam 11 tengahari huhuhu...

Tiada ulasan:

 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device