Ayah bersiap ke tempt kerja. Ibu pun telah selesai menggoreng pisang di ceruk dapur. Seperti yang dirancang ibu kotakan janjinya seawal jam 7.45pagi kami berbasikal mengelilingi taman perumahan di sekitar rumah kami. Ayong duduk di kerusi buluh.
Wah pusing sana sini ibu kata ayong diam sahaja. Sambil di tiup angin sepoi di waktu pagi buat kami berlagu girang. Sesekali ibu menunjukkan gelagat kucing sedang cari makan, tunjuk burung di awan nan biru..
Setelah penat kami pun berhenti di satu taman permainan. Ibu minum air, ayong tak minum susu tapi ibu berikan ayong minum air suam heee.. Lama duduk di atas batu ayong main gelongsor, kuda-kuda hee... Agak lama bermain ayong dah bosan lagaknya seperti tidak mahu main lagi terus ibu menyorongkan basikalnya membawa ayong pusing taman perumahan entah ke barapa kali...
Sampai rumah jam dah menunjukkan 9.00 pagi. Ayong mandi, makan dan tidur. Ibu pun tidur lena mana ke tidaknya sudah lama tidak mengayuh basikal begitu jauh..
Tengahari..
Ibu buat sup ayam untuk ayong, hurm memang sedap sehingga menjilat jari heeee siap tambah nasi dan sup lagi tau heee..
Petang..
Ayah sampai rumah dengan menaiki motor. Kami semua menuju ke pekan dengan hati yang girang. Ayong duduk depan wah memang bestlah duduk hadapan angin menerbos menyebabkan rambutku mengerbang macam mak limah balik rumah haaaa...Alah tu sebenarnya motor kawan ayah heee. Ayah cakap ini baiki motor pak long entah bila nak hantar ke kedai tak tahulah pula hiii..
Malam..
Pusat membeli-belah UO Greentown. Ayahdan ibu membeli barang dapur dan membeli hadiah untuk hari perkahwinan kak ida. Hurm..ayah beli permainan lego untuk ayong. Harganya dalam rm 14.00.
Makan Malam
Di merry brown yumi.. Balik tu ayong terus main lego dan tidur dengan lego2 sekali hiii..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan