Khamis, 12 Mei 2011

Ibu Naik Basikal ..

Dairi si pipi merah 12/5/2011

Letihnya pagi itu. Ayong tahu ibu bangun awal. Jam 6pagi sudah bersiap-siap untuk kepejabat. Ayong pun pelik selalunya ibu masak di dapur ketepang ketepung tapi pagi ini lainlah pula.

Usai solat ibu buatkan ayong susu.. Ibu bersiap dan berlalu ke gate. Hurm Ibu padam lampu dalam rumah. Lihat dia papah ayong sampai ke luar pintu gelongsor..

Ayong still dalam keadaan mamai. Sambil mengendong bantal busuk di tonyoh dalam lubang hidung.

Rupanya pagi ini ibu hantar ayong ke rumah pengasuh menaiki basikal. Ayong duduk di bangku kecil yang diperbuat dari anyaman buluh, beg ibu letak depan, botol susu ayong ibu letak dalam beg dan bahagaian atas ibu letak bantal busuk ayong.

Jam 6.30 kami bertolak. Ibu kayuh perlahan-lahan. Nampak macam penat huhu..Ayong diam sahaja bila duduk, sesekali ada riak bising dalam lekuk bibirnya. Ibu pula menahan lenguh di kaki. Sambil tu ayong dapat rasakan yang ibu sesekali mencium rambut dan mengusap rambut ayong..

Sampi rumah pengasuh jam 6.45 pagi. Agak laju ibu membonceng ayong sebab mungkin dah terbiasa membawa basikal dari zaman sekolah rendah lagi.

Sesampainya rumah pengasuh ibu berkata sit tempat duduk ibu rendah, mahu juga lenguh sengal di kaki dan paras lutut huuu. Pengasuh hantar ibu ke bus stop jam 6.55pagi. Dalam jam 7 pagi bas ke pasir putih sampi dan terus menuju ke kamdar dengan lajunya.

Sampi ke Kamdar terus dapat bus ke tempat kerja. Jam tangan menunjukkan 7.35 ibu selamat sampai ke pejabat. =)

Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi yang dituju :).

Tiada ulasan:

 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device