Khamis, 23 Jun 2011

Berbasikal Di Petang Hari..Ibu Lupa Puasa

22/6/2011
Pagi tu ibu tidak membawa ayong menaiki basikal sebab petang semalam hujan lebat. Jadinya basikal tinggal di rumah pengasuh..

6.30 petang ibu sampai di bus stop dan terus kerumah umi untuk ambil basikal. Perjalanan di teruskan sambil mengayuh basikal ayong makan kopok.. Ibu pun makan sekali haaaa.. baru sedar yang harini ibu puasa. Cepat-cepat ibu muntahkan makana tu dalam mulut heee..

Sampai rumah dah masuk jam 6.55 petang. Ibu Mandi dan terus menuju kedapur tenggek nasi lemak dan buat sambal ikan sardin. Wah malam tu ayong makan dengan penuh berselera sekali. Katanya sedap...sedap heee... Orang nak makan timun dia pun nak makan. Tapi makannya sikit-sikit.. ho..hi..ho.hi..

Seusai solat magrib dan isyah bersama ibu kami bermain seketika dan tidur awal sebab besok mau naik basikal lagi..

Psst! malam dan pagi itu sempat juga pakaikan ayong lampin kain moden 2 helai yepEEEE!!!

Ayah akan balik pada malam rabu huhu..

Selasa, 21 Jun 2011

Ibu Bawa Ayong Hati-Hati Ya

21/6/2011
Pagi itu ibu bangun seperti biasa. Sebelum mencecah jam 6 pagi ibu sudah mandi, bawa bekal untuk ke pejabat, siapkan susu ayong, tukar pempes ayong blah...blah...

6.25pagi
Kami keluar rumah sambi bernyanyi.. Ibu menunjukkan kucing, anjing meraung di balik pagar. Rasa penat juga adeh...

6.45pagi
Sampai halaman rumah pengasuh. Ibu park basikal di ruang tempat letak kereta. Kasihan sambil menelefon pengasuh yang ibu dan ayong dah sampai depan rumah ibu minum air.. glup..glup..uh dahaga sangat tu hee...

6.50
Pengasuh hantar ibu ke bus stop menaiki motosikalnya. Alah bas terlepas.. jam 7.00 belum jejak lagi. Nampaknya kenalah ibu tunggu lagi.. Sambil ibu kucup pipiku..dan meramas rambutku..katanya jangan nakal2, makan banyak-banyak supaya badan naik sikit heee.. Lalu tangan ibu ayong kucup.. daaaaa

7.25 pagi
Bas dari batu gajah pun sampai. Hurm...sejuk sikit sebab ada penghawa dingin. Badan yang berpelun atdi terasa nyaman heee..

7.45 pagi
Sampai pekan.. jalan kaki lagi untuk ke bus stop, ayam mas tu huhu.. berdiri dan berdiri..

8.15 pagi
Bas pun sampai huhu..bersandar sambil memerhatikan keadaan di luar..

8.24 pagi
Barulah sampai pejabat dengan selamat. Syukur...

Ayah outstation beginilah ibu...

balik ni naik bas 2 buah lagi huhu...

Isnin, 20 Jun 2011

Makan Spaghetti Pula

19/6/2011

Jam 8.00 pagi ayah bawa kami ke padang Polo, Ipoh. Ayong main gelongsor, panjant sana-sini. Mahu gak setengah jam berada disitu mujur tak ramai kanak-kanak bermain jadi tak bersesaklah padang permainan ketika itu heee...

selepas penat bermain buaian kami balik rumah. Ibu buat nasi goreng, goreng telur. Ayong tak makan. Cuma main-main jer huuu...

Agaknya melihatkan ayong kepenatan ibu buatkan ayong spagethi heee. Dan jangan lupa kuahnya dihirup sekali. Persisi tabiat ibu makan jer tu heeee

Sabtu, 18 Jun 2011

Laksa Pertama Ibu

18/6/2011

Jam 9 pagi ibu mengejutkan ayong. Apalagi ibu bersiap-siap untuk berbasikal di pagi hari. Macam biasalah rutin harian kami hujung minggu berbasikal keliling taman..

Kali ini ibu bawa ayong ke kedai yuki dan kedai melayu untuk membeli bahan-bahan nak masak laksa. Lepas tu ibu beli air kotak reben heee..sama air kotak cofee hee.. sambil duduk sedut minuman memang best.

Eh, mana pergi ini? Lihat ibu mambawa ayong ke rumah pengasuh lama. Rumah mama yan heee.. Tengok baby, main-main dengan kakak dan abang heeeee..

Sekitar jam 11 kami pun mintak diri. Dalam perjalanan ibu berhenti kawasan masjid. Ibu berhenti tepi parit ambil bunga kembang pagi warna kekuningan tu heee.. Nampak cantik..

Matahari semakin meninggi kami terus pulang kerumah. Ayong berak dari rumah pengasuh tadi. Ibu tanam bunganya tadi. Pastu ibu mandikan ayong. Lama ayong pun tidur seketika, ibu sibuk di ceruk dapur membuat laksa pertama kalinya hee..

Ni ha tengok ayong dah bangun dia main masak-masak heeee...

Khamis, 16 Jun 2011

Karnival Upin Dan Ipin

04/06/2011

Saat yang menggembirakn bila membawa ayong berjumpa dengan maskot upin dan ipin heee. Jangan tak tahu sempat juga ibu mengumpul koleksi majalah upin dan ipin heee.. Pastu borong gak dvd upin dan ipin hee.. adoi..

Bila dah membeli barang, isi borang menjadi kelab upin dan ipin dapat kad sekali ayah dan ibu mambawa ayaong kat bahagian duduk di atas. Wah dapat minum air anggur upin dan ipin, dapat minum susu setengah botol maian-main sambil menari ayong pun tertidur di pangku ayah hee..

Mujur kelibat upin dan ipin dapat dilihat dari jauh heee. Cuma ibu jer yang tak nampak sebab dia tak bawa cermin mata. Nak tengok pun melalui hp ayah jer heee..

Banyak yang ibu dan ayah membeli belah untuk ayong. Dari bola, buku semunya ada heee. Nak lihat layan jer gambar-gambar kat bawah ni hee..


Baner upin dan ipin. Ayong yang tak sabar nak jalan-jalan..


Baner upin dan ipin serta rakan-rakannya memang comel..


Bila dan shoping buku ayah bawak naik atas.
Tengok ramai orang yang datang huuu..


Mula buat hal main dengan kasut, minta ibu pakaikan kasut dan stokin, pastu mintak tanggalkan semula. Nak tidur ada je kisah2 dia huuu..


Waktu ini ayong sedang minum susu akhirnya dia tertidur kepenatan...



Baju upin dan ipin & kad kelab upin dan ipin



Bola besar, majalah upin dan ipin, buku mari belajar solat upin dan ipin
&
kupon cabutan bertuan


memang best!!!

Sabtu, 11 Jun 2011

kellie's castle


Selepas menghadri kenduri kawin kak ida kawan ibu, ayah membawa kami ke kellie's Castle tapisampi di sana kami pulang kerumah sebab ayah kata cuaca pada ketika itu sangat panas..

Namun pada minggu akan datang ayah berjanji untuk membawa ibu ke sana lagi.. dan janjinya terpatri jua. Jom layan gambar2 ni...


Khamis, 2 Jun 2011

Akibat Makan Ice Crem Waktu Malam

1/6/2011

Malam itu ayah bawa kami ke Tesco untuk mencari botol susu ayong BPA. Yang tak bestnya bila stok botol susu bersaiz besar sudah kehabisan stok. Uh, yang ada hanyalah botol-botol susu BPA bersaiz kecil. Selepas itu seperti biasa ibu membeli beberapa peket susu dugro untuk ayong sebagai bekalan stok akan datang.

Dan selepas itu ibu belanja kami makan nasi ayam kukus madu! Wah memang bestlah hee..Ayah pula bagi peluang kat ayong makan ice ceram peddel pop jenis cup kecil. Ibu apa lagi membebellah dia. Dia kata buat apa bagi ayong makan ice crem nanti ayong demam. Sekarang inikan musim panas tak menentu huu..

Malam tu lepas makan kami balik rumah. Ibu rasa badan ayong panas. Ayah menidakkan sahaja. Lepas ayong main-main dan minum susu ayong tidur. Sah-sah badannya panas dan demam..

Ibu sejukkan kepala ayong dengan air supaya badan dia sejuk sikit. Ayah tepekkan cooL fiver. Memang ibu dan ayah dah beli stok untuk tu banyak2 dalam almarinya.

Semoga pagi nanti badan ayong akan sihat semula.Amin.
 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device