Khamis, 2 Jun 2011

Akibat Makan Ice Crem Waktu Malam

1/6/2011

Malam itu ayah bawa kami ke Tesco untuk mencari botol susu ayong BPA. Yang tak bestnya bila stok botol susu bersaiz besar sudah kehabisan stok. Uh, yang ada hanyalah botol-botol susu BPA bersaiz kecil. Selepas itu seperti biasa ibu membeli beberapa peket susu dugro untuk ayong sebagai bekalan stok akan datang.

Dan selepas itu ibu belanja kami makan nasi ayam kukus madu! Wah memang bestlah hee..Ayah pula bagi peluang kat ayong makan ice ceram peddel pop jenis cup kecil. Ibu apa lagi membebellah dia. Dia kata buat apa bagi ayong makan ice crem nanti ayong demam. Sekarang inikan musim panas tak menentu huu..

Malam tu lepas makan kami balik rumah. Ibu rasa badan ayong panas. Ayah menidakkan sahaja. Lepas ayong main-main dan minum susu ayong tidur. Sah-sah badannya panas dan demam..

Ibu sejukkan kepala ayong dengan air supaya badan dia sejuk sikit. Ayah tepekkan cooL fiver. Memang ibu dan ayah dah beli stok untuk tu banyak2 dalam almarinya.

Semoga pagi nanti badan ayong akan sihat semula.Amin.

Tiada ulasan:

 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device