Khamis, 23 Jun 2011

Berbasikal Di Petang Hari..Ibu Lupa Puasa

22/6/2011
Pagi tu ibu tidak membawa ayong menaiki basikal sebab petang semalam hujan lebat. Jadinya basikal tinggal di rumah pengasuh..

6.30 petang ibu sampai di bus stop dan terus kerumah umi untuk ambil basikal. Perjalanan di teruskan sambil mengayuh basikal ayong makan kopok.. Ibu pun makan sekali haaaa.. baru sedar yang harini ibu puasa. Cepat-cepat ibu muntahkan makana tu dalam mulut heee..

Sampai rumah dah masuk jam 6.55 petang. Ibu Mandi dan terus menuju kedapur tenggek nasi lemak dan buat sambal ikan sardin. Wah malam tu ayong makan dengan penuh berselera sekali. Katanya sedap...sedap heee... Orang nak makan timun dia pun nak makan. Tapi makannya sikit-sikit.. ho..hi..ho.hi..

Seusai solat magrib dan isyah bersama ibu kami bermain seketika dan tidur awal sebab besok mau naik basikal lagi..

Psst! malam dan pagi itu sempat juga pakaikan ayong lampin kain moden 2 helai yepEEEE!!!

Ayah akan balik pada malam rabu huhu..

1 ulasan:

tengkorakemas berkata...

sedapnya ayong makan nasi lemak..hee

 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device