27/6/2011
Petang itu ayah dan ibu ambil ayong dirumah pengasuh. Lihat gembiranya dia tiap kali mengambil dia. Siap bertocang rambut ikat kekuda..
Sampai dirumah ibu lihat ayong selsama. Mulalah hati dipalu rasa risau. Semuanya serba tidak kena. Asal salah sikit merajuk atau menangis sahaja..
Ayah ingin mencuci kereta disangka ayah keluar rumah tinggalkan dia. Ibu kata ayong ini manja dengan ayah hee.. maklum le asal sabtu, ahad atau hari berkerja ayahnya sering tak lekat kat rumah atas urusan kerja pejabat. Cuba ibu selalu pergi outstation mesti ayong akan rindu pada ibu punya heee...Biasanya anak lelaki akan rapat dengan ibu, manakala anak perempuan akan rapat dengan ayah. Kata nenek Melaka pada suatu petang heee...
Malam itu ayong makan cup cake. Ia di beri oleh cik ema jiran sebelah rumah kami. Ayong makan bukan menggunakan tangan kanan tapi menggunakan mulut heeee..ni tonyohnya mulut ke cup cake apa stail dia makan membuatkan ibu marah ayong seolah-olah makan macam tiada tangan. Ayah juga turut membebel pada malam itu. Sudah satu rumah habis deraian cup kek jatuh dilantai, di sofa dan di karpet ibu mula berang lalu menyimpan kek tu atas meja makan..
Jam 10 malam ibu makan spaigeti..ayong pun nak makan sekali. Dia dengan beraninya ke dapur sorang-sorang untuk ambil pingan makan. Selalunya dia takut dalam kegelapan haaa... Kali ini akibat suka makan dia sanggup ambil sendiri tanpa memikirkan hantu mak limah balik rumah. Satu rumah dah satu ayong suka tengok hantu mak limah tu. gara-gara cerita itulah ayong takut..sebut takut je...
Makan penuh berselera sambil tengok cerita P.Ramlee masam-masam manis heee..Pastu selesai makan 15 minit berlalu kami pun tidur..
Selasa, 28 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan