Khamis, 30 Jun 2011

Jom! Jom! Jom!

28/6/2011
Malam itu ayah dan ibu membawa ayong pasara enconsave. Biasalah dari dulu lagi disinilah tempat ayah dan ibu membeli barang dapur dari a sampai z semua ada disini.

Makan malan
Dikedai nasi ayam fauziah. Hurm memaglah sedap tapi ayong buat hallah pulak. Baru duduk dalam kerusi baby dia dah kata kat ayah dan ibu jom! jom! jom! sebagai tanda dia nak balik rumah.

Ibu cakap dengan ayah supaya tapaukan sahaja nasi ayam tu bawa balik rumah. Dalam 15 minit kami pun keluar dari kedai nasi ayam sambil membawa dua bungkusan nasi tersebut. Ibu pula meminta ayah belikan sebuah majalah pa & ma. Mujur ada ibu suka bukan kepalang. Memang kesukaan ibu mengumpul bahan bacaan keibubapaan sebab ibu rasa banyak manfaat didalamnya.

Dalam kereta..
Ayong nyot..nyot botol susu..Kedengaran nyutan susu itu segenap ruang kereta ayah. Lalu ayong tertidur atas pangkuan ibu laksana baby. Sampi rumah ayah angkat ayong masuk kedalam bilik ayong sendiri.

Makan malam diteuskan. Ibu nak kejut ayong tapi tak sampai hati. Kata ayah badan dia letih tu atau petang tadi dia lasak tu yang badannya cepat letih.

Tiada ulasan:

 

Seindah Pelangi Petang Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | Best Kindle Device